Saturday, January 8, 2011

Proses keseimbangan pendapatan negara ekonomi 2 sektor dengan pendekatan bocoran suntikan


a. Ekonomi dua sektor ialah ekonomi yang terdiri daripada isi rumah dan firma. Keseimbangan pendapatan negara tercapai apabila bocoran sama dengan suntikan, iaitu tabungan sma dengan pelaburan.



· Merujuk kepada rajah, keseimbangn tercapai pada titik E di mana fungsi S bersilang dengan fungsi suntikan I pada tingkat pendapatan negara Ye.

Pada tingkat Y kurang daripada Ye, misalnya Y1, suntikan melebihi bocoran seperti yang ditunjukkan oleh jarak ab. Pendapatan dalam aliran pusingan pendapatan bertambah. Stok firma berkurangan dan firma terdorong untuk menaikan pengeluaran dengan menggunakan lebih banyak faktor pengeluaran. Pendapatan negara cenderung meningkat sehingga bocoran sama dengan suntikan pada tingkat pendapatan negara Ye.

Pada tingkat pendapatan negara yang lebih tinggi daripada daripada Ye, misalnya Y2, bocoran melebihi suntikan seperti yang ditunjukkan oleh jarak cd. Pendapatan dalam aliran pusingan pendapatan berkurang Stok firma bertambah dan firma terpaksa mengurangkan pengeluaran. Pendapatan negara cenderung menurun sehingga bocoran sama dengan suntikan pada tingkat pendapatan negara Ye.

No comments: