16 Julai, 2010 20:09 PM
Penyelarasan subsidi merupakan satu langkah berani yang diambil kerajaan bagi meletakkan ekonomi Malaysia di landasan kukuh pada masa depan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Keputusan berkenaan bersifat jangka masa panjang yang bakal memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.
Bagaimanapun, katanya, penyelarasan subsidi yang dilakukan kerajaan masih berpegang pada prinsip meminimumkan bebanan rakyat. rakyat negara ini sebenarnya masih membayar harga petrol, diesel, petroleum gas cecair (LPG) dan gula jauh lebih rendah berbanding negara jiran. Misalnya gula di Malaysia RM1.90 sekilogram, tetapi di Thailand RM2.60 sekilogram, Indonesia RM3.68 dan Filipina RM3.46.
Najib berkata, dua pertiga subsidi bahan api ketika ini diperolehi golongan berpendapatan tinggi dan sederhana berbanding satu pertiga oleh golongan yang memerlukannya.
"LPG juga sebanyak 70 peratus merupakan mereka yang terlibat dalam perniagaan, hanya 30 peratus merupakan pengguna suri rumah," katanya. Selain itu, penyelarasan subsidi gula pula dapat menangani masalah penyakit kencing manis yang menunjukkan trend berbahaya di negara ini. Pada masa ini, 1.4 juta rakyat negara ini mengalami penyakit berkenaan yang memerlukan usaha bagi menanganinya.
BERNAMA (diubahsuai)
Soalan
1. Bagaimana penyelarasan subsidi dapat meletakkan ekonomi Malaysia di landasan kukuh pada masa depan?
2. Bagaimana pemberi subsidi dan pengenaan cukai dapat digunakan oleh kerajaan untuk mengurangkan jurang perbezaan pendapatan?
3. Dengan menggunakan rajah terangkan kesan pengurangan subsidi dan tambahan perbelanjaan kerajaan ke atas pembangunan negara terhadap keluk kemungkinan pengeluaran negara.
4. Apakan kesan luaran positif daripada tindakan kerajaan mengurangkan pemberian subsidi terhadap pengguna.
No comments:
Post a Comment