Ekonomi Dijangka Susut -4 Hingga -5 Peratus Tahun Ini
PUTRAJAYA, 28 Mei (Bernama) -- Ekonomi negara ini dijangka menyusut kepada -4 hingga -5 peratus pada tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Katanya ini berikutan langkah kerajaan menyemak semula unjuran kadar pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebenar Malaysia bagi tahun ini.
Beliau berkata ekonomi dijangka menunjukkan prestasi yang lebih baik pada separuh kedua tahun ini.
"Walau pun, suku tahun keempat dijangka dicatat positif, kadar pertumbuhan bagi tahun ini masih negatif kerana suku tahun pertama negatif dan jangkaan pertumbuhan negatif pada suku tahun kedua dan ketiga," katanya kepada taklimat media di sini.
Najib turut menyatakan bahawa Malaysia telah berada di dalam keadaan kemelesetan teknikal.
"Pemulihan (negara) kita bergantung kepada pemulihan ekonomi dunia. Kita perlu melihat apa yang berlaku di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah. Jika mereka pulih, kita akan berada pada landasan untuk mencatatkan pertumbuhan," katanya.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment