Saturday, January 8, 2011

Bab 1 Pemboleh ubah Makroekonomi

Terangkan secara ringkas maksud dan kepentingan pemboleh ubah makroekonomi berikut

a. pendapatan negara

b.pengangguran dan guna tenaga.

1 comment:

Unknown said...

a. Konsep pendapatan negara yang biasanya digunakan untuk mengukur prestasi ekonomi ialah Keluaran Negara Kasar (KNK), iaitu nilai barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sesebuah negara pada sesuatu tahun.
• Peningkatan dalam KNK menunjukkan taraf hidup penduduk yang semakin meningkat apabila jumlah barangan yang dinikmati penduduk telah bertambah.
• Peningkatan KNK mencerminkan kegiatan ekonomi yang cergas dan penciptaan peluang pekerjaan yang baru. Peningkatan KNK menunjukkan keberkesanan dasar ekonomi kerajaan untuk membangunkan ekonomi.

b. Guna tenaga ialah jumlah tenaga buruh yang terlibat dalam kegiatan ekonomi untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan. Penganggur ialah tenaga buruh yang ingin dan sanggup bekerja pada kadar upah tertentu tetapi masih belum mendapat sebarang pekerjaan.
• Tingkat guna tenaga yang tinggi dan kadar pengangguran yang rendah bermakna keluaran negara semakin bertambah kerana semakin banyak buruh digunakan dan negara mengalami pertumbuhan ekonomi yang positif.
• Pembaziran sumber manusia tidak berlaku dan tenaga buruh dapat menggunakan kemahiran mereka untuk menceburi dalam pelbagai kegiatan ekonomi. Taraf kebajikan pendudukan semakin meningkat apabila tenaga buruh memperoleh pendapatan daripada kegiatan ekonomi yang diceburi.