Tuesday, March 6, 2012

Bab 5 Penstabil Automatik


Bagaimanakah penstabil ekonomi mampu mengurangkan kesan kemerosotan ekonomi semasa ekonomi melambung dan semasa ekonomi meleset? Terangkan.




Penstabil automtik merupakan satu sistem fiskal yang sedia ada yang berubah secara sendiri mengikut situasi dalam ekonomi untuk mengurangkan kesan turun naik kegiatan ekonomi.
Antara pensatbil automatic dalai dalai fiskal ialah: .
a.   Cukai progresif dan cukai berkadar
Jumlah hasil cukai progresif  dan cukai berkadar meningkat apabila pendapatan bertambah dan sebaliknya. Sewaktu ekonomi sedang melambung dan pendapatan Negara meningkat,secara automatik hasil cukai turut meningkat menyebabkan permintaan agregat menurun. 

Sebaliknya sewaktu ekonomi mengalami kemelesetan  dan pendapatan Negara merosot, jumlah hasil cukai juga menurun secara automatik dan menghalang kejatuhan permintaan agregat secara berlebihan.

b.  Bayaran pindahan kerajaan seperti skim pengangguran
Sewaktu pendapatan Negara sedang merosot dan kadar guna tenaga rendah,perbelanjaan kerajaan dalam bentuk skim pengangguran turut bertambah.

Tambahan bantuan kewangan mengurangkan penguncupan ekonomi dengan mengurangkan kejatuhan perbelanjaan agregat. Sebaliknya sewaktu ekonomi sedang melambung dan kadar pengangguran adalah rendah.Bantuan kewangan kepada para penganggur jatuh.Keadaan ini mengurangkan suntikan dalam ekonomi dan menyekat kenaikan perbelanjaan agregat.

c.   Dasar harga maksimum dan dasar harga minimum.
Kawalan harga dapat menstabilkan tingkat harga dengan menghalang kenaikan atau penurunan harga  yang berlebihan.

Semasa inflasi,dasar harga maksimum menyekat kenaikan harga bagi barang-barang kawalan.Sebaliknya semasa ekonomi mengalami kemelesetan,  dasar harga minimum dilaksanakan bagi barang-barang khasnya barang pertanian  agar tiada kerugian yang teruk dihadapi oleh pengeluar dan kegiatan pengeluaran dapat diteruskan.

DISEDIAKAN OLEH:
IZZAD ANNAZ BIN JAHAN

Monday, March 5, 2012

Bab 4 : Keseimbangan Pasaran Wang


Berbantukan rajah, terangkan bagaimana tingkat keseimbangan pasaran wang dicapai.

 
Rajah ini menunjukkan keluk penawaran wang, SM dan keluk permintaan wang, DM. Keseimbangan pasaran wang tercapai pada titik E, di mana keluk penawaran wang, SM bersilang dengan keluk permintaan wang, DM pada kadar bunga,  dan quantiti wang, .
Pada kadar bunga, , quantiti wang yang diminta sebanyak 0  sedangkan quantiti wang yang ditawar sebanyak . Maka, berlaku lebihan penawaran wang sebanyak . Orang ramai membeli saham dan bon dan menyebabkan harga bon dan saham meningkat. Keadaan ini menyebabkan kadar bunga, , menurun sehingga mencapai keseimbangan pada titik E.
Pada kadar bunga, , quantiti wang yang diminta sebanyak  sedangkan quantiti wang yang ditawar sebanyak . Maka, berlaku lebihan permintaan wang sebanyak . Orang ramai menjual saham dan bon dan menyebabkan harga bon dan saham menurun. Keadaan ini menyebabkan kadar bunga,  meningkat sehingga mencapai keseimbangan pada titik E.
Disediakan oleh HuiMin Lim




Saturday, January 8, 2011

Proses keseimbangan pendapatan negara ekonomi 2 sektor dengan pendekatan bocoran suntikan


a. Ekonomi dua sektor ialah ekonomi yang terdiri daripada isi rumah dan firma. Keseimbangan pendapatan negara tercapai apabila bocoran sama dengan suntikan, iaitu tabungan sma dengan pelaburan.



· Merujuk kepada rajah, keseimbangn tercapai pada titik E di mana fungsi S bersilang dengan fungsi suntikan I pada tingkat pendapatan negara Ye.

Pada tingkat Y kurang daripada Ye, misalnya Y1, suntikan melebihi bocoran seperti yang ditunjukkan oleh jarak ab. Pendapatan dalam aliran pusingan pendapatan bertambah. Stok firma berkurangan dan firma terdorong untuk menaikan pengeluaran dengan menggunakan lebih banyak faktor pengeluaran. Pendapatan negara cenderung meningkat sehingga bocoran sama dengan suntikan pada tingkat pendapatan negara Ye.

Pada tingkat pendapatan negara yang lebih tinggi daripada daripada Ye, misalnya Y2, bocoran melebihi suntikan seperti yang ditunjukkan oleh jarak cd. Pendapatan dalam aliran pusingan pendapatan berkurang Stok firma bertambah dan firma terpaksa mengurangkan pengeluaran. Pendapatan negara cenderung menurun sehingga bocoran sama dengan suntikan pada tingkat pendapatan negara Ye.