Saturday, January 8, 2011

Dengan menggunakan gambar rajah yang menunjukkan perbelanjaan agregat- penawaran agregat (AE-AS), terangkan proses penentuan keseimbangan pendapatan n


Keseimbangan pendapatan negara tercapai pada titik E di mana AE = AS pada tingkat pendapatan negara Ye.

Pada tingkat pendapatan negara kurang daripada Ye, misalnya Y1, belaku lebihan perbelanjaan agregat kerana AE melebihi AS seperti yang ditunjukkan jarak ab. Stok firma berkurangan dan firma terdorong untuk menaikan pengeluaran dengan menggunakan lebih banyak faktor pengeluaran. Pendapatan negara cenderung meningkat sehingga AE=AS pada tingkat pendapatan negara Ye.

(dipetik daripada Strategi Menjawab & Skos (SMS) Mikroekonomi, Nusamas)

Pada tingkat pendapatan negara lebih tinggi daripada Ye, misalnya Y2 , lebihan penawaran agregat berlaku kerana AS melebihi AE seperti yang ditunjukkan jarak cd. Stok firma bertambah dan firma terpaksa mengurangkan output dengan mengurangkan penggunaan faktor pengeluaran. Pendapatan negara cenderung menurun sehingga AE=AS pada tingkat pendapatan Ye.

No comments: