Saturday, October 2, 2010

Intipati Rancangan Malaysia Ke-10

Intipati Rancangan Malaysia Ke-10

*Tema: Rancangan Kemakmuran Ekonomi dan Keadilan Sosial.
RMK10 (2011-2015) amat kritikal bagi meneruskan kesinambungan prakarsa nasional ke arah merealisasikan Wawasan 2020 menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi.

* RMK9 (2006-2010):

* 4.2 peratus setahun perkembangan ekonomi
* Pendapatan negara kasar per kapita RM26,420 (US$8,260) tahun 2010
* Inflasi 3.6 peratus tahun 2010
*
Defisit fiskal kerajaan pusat mengecil kepada 5.3 peratus tahun 2010 berbanding 7 peratus kepada KDNK 2009.

Kadar kemiskinan turun kepada 3.8 peratus tahun 2009 berbanding 5.7 peratus tahun 2005. Peratusan miskin tegar turun daripada 1.2 peratus kepada 0.7 peratus.

Anggaran pertumbuhan ekonomi 6 peratus tahun 2010.

RMK10 sasar pendapatan negara kasar per kapita meningkat kepada RM38,850 (US$12,140) pada tahun 2015; memerlukan KDNK 6 peratus setahun.

Pertumbuhan diterajui sektor perkhidmatan dan pembuatan, menggiatkan semula sektor pertanian yang bernilai tambah tinggi dan penyerapan kaedah ICT, bioteknologi serta pelantar teknologi yang berkaitan.


Cabaran besar memangkin pelaburan swasta berkembang 12.8 peratus atau RM115 bilion setahun.


Kerajaan komited untuk mengurangkan defisit fiskal daripada 5.3 peratus KDNK dalam tahun 2010 kepada kurang daripada 3 peratus pada tahun 2015.



RMK10: 10 PREMIS UTAMA

1. Pertama: Memacu ekonomi domestik dengan kepekaan persekitaran luar negara.
2. Kedua: Memanfaatkan dan menuas faktor kepelbagaian etnik sebagai satu elemen kejayaan di arena antarabangsa.
3. Ketiga: Mentransformasi negara ke arah pendapatan tinggi menerusi pengkhususan.
4. Keempat: Menjayakan pertumbuhan diterajui oleh produktiviti dan inovasi.
5. Kelima: Memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan unggul.
6. Keenam: Memastikan peluang yang saksama dan melindungi golongan mudah terjejas.
7. Ketujuh: Pertumbuhan bertumpu, pembangunan inklusif.
8. Kelapan: Menyokong perkongsian pintar yang efektif.
9. Kesembilan: Menghargai khazanah alam sekitar.
10.
Kesepuluh: Kerajaan umpama syarikat yang berdaya saing.

*RMK10: 5 TERAS STRATEGIK

1.
Pertama: Menggubah falsafah dan pendekatan kerajaan ke arah mentransformasikan Malaysia dengan metodologi NKRA.



2. Kedua: Mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi.


3. Ketiga: Menuju ke arah pembangunan sosioekonomi secara inklusif.

4.
Keempat: Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia.



5.

Kelima: Mewujudkan persekitaran kondusif ke arah mempertingkatkan kualiti hidup.

*Peruntukan RMK10 bagi infrastruktur bukan fizikal meningkat kepada 40 peratus, berbanding 21.8 peratus dalam RMK9, tumpuan diberikan kepada program pembangunan kemahiran, aktiviti R&D dan modal teroka.

*Sebuah institusi perkhidmatan awam bertaraf dunia akan diwujudkan untuk meningkatkan kompetensi penjawat awam.



*Tumpuan kepada 12 bidang ekonomi utama negara (NKEA) akan diumumkan Oktober nanti:

(i) Minyak dan gas

(ii) Minyak sawit dan produk berkaitan

(iii) Perkhidmatan kewangan

(iv) Pemborongan dan peruncitan

(v) Pelancongan

(vi) Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)

(vii) Perkhidmatan Pendidikan

(viii) Elektrik dan elektronik

(ix) Perkhidmatan perniagaan

(x) Penjagaan kesihatan swasta

(xi) Pertanian

(xii) Greater Kuala Lumpur

*Satu unit khas, iaitu Unit Transformasi Ekonomi, akan ditubuhkan untuk merancang, menyelaras pelaksanaan dan pembangunan NKEA.

*Suruhanjaya Persaingan dan Tribunal Rayuan akan ditubuhkan untuk memastikan pelaksanaan undang-undang lebih teratur dan berkesan.

*Kerajaan terus berusaha untuk meletakkan Malaysia di lima tangga terbaik negara paling kompetitif di dunia.

*Dana berjumlah RM20 bilion akan disediakan melalui Dana Mudahcara atau "Facilitation Fund" bagi memudahkan sektor swasta membiayai projek perkongsian awam-swasta.

*Melalui Dana Mudahcara, kerajaan anggar menarik pelaburan swasta sekurang-kurangnya RM200 bilion; Antara projek yang dipertimbangkan ialah penambakan tanah di Westport, Pelabuhan Klang, Pembangunan Malaysia Truly Asia Centre di Kuala Lumpur dan Taman Teknologi Tinggi Senai di Iskandar Malaysia, Johor.

*Sebuah unit khas ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi memandu dan mengarah keberkesanan sistem inovasi negara serta program pembangunan inovasi sedia ada.

*Pembiayaan kerajaan kepada syarikat modal teroka awam akan berbentuk ekuiti dan bukan pinjaman.

*Dana Inovasi Mudharabah (MIF) dengan peruntukan sebanyak RM500 juta akan diperkenal bagi menyediakan modal berisiko kepada syarikat modal teroka kerajaan.

*Dana Perkembangan Perniagaan dengan peruntukan permulaan sebanyak RM150 juta akan ditubuhkan bagi merapatkan jurang pembiayaan antara pengkomersilan peringkat awal dan pembiayaan modal teroka bagi produk berteknologi tinggi.

*Undang-undang kebankrapan akan dipermudah untuk menyokong budaya mengambil risiko terhitung, menghapuskan stigma kegagalan dan membenarkan usahawan berkaliber lagi wibawa yang gagal untuk kembali aktif.

*Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi akan meliputi bandar-bandar besar, kawasan pertumbuhan ekonomi utama dan kawasan industri, liputan jalur lebar ke kawasan pinggiran bandar dan luar bandar dan prasarana tanpa wayar dengan pakej mampu langgan bagi penduduk di luar bandar.

*Lebuhraya Pantai Timur dari Kuantan ke Kuala Terengganu akan disiapkan dalam tempoh RMK10 kos RM3.7 bilion dan akan dihubungkan ke Pelabuhan Kuantan yang akan dinaik taraf.

*Projek membina landasan elektrik berkembar dari Gemas ke Johor Baharu, dengan kos anggaran RM8 bilion akan dilaksanakan sebagai pelengkap kepada sistem landasan elektrik berkembar dari Padang Besar di utara ke Johor Baharu di selatan.

*Loji rawatan kumbahan yang menggunakan teknologi hijau di Lembah Pantai, Kuala Lumpur, akan diperluaskan ke seluruh negara.

*Bekalan tenaga akan terus diperkukuh ke arah mewujudkan pasaran yang lebih kompetitif dan mengurangkan tanggungan subsidi tenaga secara berperingkat.

*Beberapa bandar raya akan dijadikan destinasi tarikan baru kepada pelabur dalam industri berteknologi tinggi serta tenaga kerja berbakat dan berpengetahuan.

*Kerajaan akan tambah RM3 bilion lagi menjadikan jumlah Skim Jaminan Modal Kerja kepada RM10 bilion bagi enterpris kecil dan sederhana (SME) mendapat akses kemudahan pembiayaan.

*Kerajaan sedang mengkaji untuk mempertingkatkan lagi sumber kewangan SME dan Agro Bank.

*Sasaran untuk mencapai sekurang-kurangnya 30 peratus pemilikan ekuiti korporat Bumiputera dan ekonomi di peringkat makro kekal.

-- diubahsuai

BERNAMA

No comments: