Saturday, January 8, 2011

Matlamat dasar makroekonomi 1


a. Apakah yang dimaksudkan dengan konsep guna tenaga penuh?
b. Mengapakah matlamat guna tenaga penuh perlu dicapai oleh sesebuah negara?

1 comment:

Unknown said...

a. Guna tenaga penuh merujuk kepada keadaan di mana kadar pengangguran berada pada paras yang sangat rendah, iaitu kurang daripada 4%. Apabila ekonomi telah mencapai guna tenagga penuh, pengangguran dalam ekonomi terdiri daripada pengangguran geseran.
b. Pencapaian matlamat ini penting kerana kerana keluaran negara dan kebajikan masyarakat akan mencapai tingkat yang maksimum pada tingkat guna tenaga penuh.
• Berlakunya pengangguran dalam ekonomi bermakna ketidakcekapan dalam pengeluaran dan pembaziran sumber ekonomi.
• Pengangguran membawa kesan negatif terhadap individu dan sosial. Individu akan hilang punca pendapatan dan masalah kewangan akan menjejaskan kesejahteraan keluarga. Pengangguran yang serius juga menyebabkan ketidakstabilan politik dan sosial.